BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 22, 2010

kemangkatan sultan johor


Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.
Rakyat negeri Johor telah akan sentiasa menghargai dan mengenang segala jasa Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat malam tadi di Hospital Pakar Puteri, di sini.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Mereka bersedih dengan kemangkatan Sultan yang pada mereka sayangi mendoakan roh Almarhum akan dicucuri rahmat

Menyorot kembali, Almarhum Sultan Iskandar yang diputerakan pada 8 April 1932 adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia kelapan iaitu antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989.

Almarhum Baginda adalah putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad dan dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah.

0 comments: